Informasi Berkenaan Hartanah

Berikut adalah 4 informasi penting dan wajib tahu berkaitan hartanah Bumiputera:

🌟 Pemaju dan pembeli hartanah bumiputera
Perlu diingatkan kepada bakal pemaju bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diambil maklum berkaitan hartanah Bumiputera. Pertamanya, kekurangan permintaan hartanah berpunca daripada kekangan pasaran kerana hartanah ini dikhususkan untuk golongan Bumiputera sahaja. Keduanya, harga hartanah jenis ini lambat naik. Ianya tidak sesuai untuk pelaburan jangka masa pendek, kerana tidak memberikan kadar untung yang besar dan terdapat halangan daripada Pejabat Tanah untuk menjual hartanah ini kepada golongan bukan Bumiputera.

🌟 Penukaran status lot Bumiputera
Untuk sesetengah situasi, Lot Bumiputera boleh ditukar status dan dijual kepada golongan bukan Bumiputera berdasarkan kepada beberapa ketetapan dan tertakluk kepada beberapa syarat yang harus dipatuhi.

 Pertamanya, pemohon perlu mendapatkan kebenaran untuk menukar status atas alasan yang konkrit .

 Antara sebab-sebab ialah tiada permintaan terhadap lot tersebut pada tahun yang sebelumnya atau lain-lain alasan yang difikirkan munasabah. Rayuan perlu dibuat kepada Pejabat Tanah.

Pembeli juga perlu ambil maklum bahawa Lot Bumiputera yang sudah dijual, tidak akan kekal sebagai unit bukan Bumiputera. Sekiranya ada pihak yang telah membeli lot yang diperuntukkan untuk Bumiputera, dan pembeli tersebut ingin menjual kepada pembeli bukan Bumiputera, pembeli tersebut perlu memohon kebenaran semula kepada Pejabat Tanah. Sebagai tambahan, surat pemilikan tanah tidak semestinya disahkan sebagai Lot Bumiputera. Ia amat jarang disahkan di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P). Pembeli disarankan agar memudahkan semua urusan dan meminta bantuan peguam untuk membuat semakan semula di Pejabat Tanah.

🌟 Penolakan permohonan pindah milik
Terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pemilik Lot Bumiputera apabila mereka ingin menjual hartanah. Salah satu masalah yang sering dihadapi adalah apabila Pejabat Tanah menolak permohonan untuk memindah pemilikan daripada Bumiputera kepada pembeli bukan Bumiputera. Terdapat beberapa faktor, antaranya unit pajakan mempunyai perundangan yang lebih ketat, berbanding pegangan bebas oleh Pejabat Tanah. Adalah amalan biasa apabila permohonan untuk pindah milik daripada Bumiputera, kepada bukan Bumiputera ditolak oleh Pejabat Tanah, walaupun unit itu bukan Lot Bumiputera.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan & Kelemahan MRTT atau MLTT

Dokumen Diperlukan Untuk Beli Rumah

Sebab Loan Tak Lepas