Sebab Loan Tak Lepas

Siapa yang tak nak ada rumah?
Memiliki rumah adalah impian semua individu. Penat lelah bekerja selama ini ada hasilnya. Bayar bulan-bulan, akhirnya jadi milik kita.

Kita pun bukan selamanya jadi penyewa. Bayar bulan-bulan, rumah tu bukan jadi milik kita pun akhirnya.

Membuat pinjaman perumahan daripada pihak bank ada yang mudah lulus. Tak lupa juga ada yang susah lulus. Dan ada juga kes yang tak pernah lulus.

Kenapa boleh jadi macam tu? Semakin tahun, polisi bank dilihat akan jadi lebih ketat.

Antara sebab bank tolak pemohonan kita adalah:

🌟 Bina dan kukuhkan kewangan
Bank akan memberi pinjaman perumahan pada mereka yang mampu dari segi kewangan.

Pastikan tiap bulan ada lagi simpanan dalam akaun bank. Jangan tinggal berbelas Ringgit je tiap akhir bulan.

Ansuran PTPTN pun tak nak bayar, mana mungkin bank nak luluskan pinjaman perumahan korang. Tabiat menyimpan pun penting

🌟 Rekod CCRIS biar hensem
Mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang tak begitu cun. Tambah pula tak berdisiplin untuk membayar balik pinjaman yang telah dibuat.

Kalau teruskan, sampai bila-bila pun loan korang susah nak lulus.

Rekod ni boleh disemak di Bank Negara Malaysia, atau secara online di www.creditbureau.com.my.

🌟 Semua orang patut tahu pasal ini
Cuba semak rekod CTOS sebelum buat permohonan.

Biasanya ramai tak sedar mereka kena CTOS disebabkan jadi penjamin.

Ada juga yang menjual kereta pada kawan, dan suruh kawan sambung bayar. Kawan tu tak bayar. Nama dia (penjamin) kena blacklist.

🌟 Lengkapkan apa yang perlu
Bank tak suka orang yang tak mempunyai dokumentasi yang lengkap.

Pegawai bank yang uruskan pinjaman mungkin ada 40 hingga 50 permohonan perlu disemak. Kalau dokumen tak lengkap, amat menyusahkan pegawai itu.

Sediakan maklumat peribadi, pendidikan, tempat kerja, pengalaman kerja, nombor telefon pejabat, surat pengesahan kerja, dan sebagainya dengan lengkap

🌟 Faktor pekerjaan
Dengan ekonomi yang tak menentu, amat penting bank menyemak di mana kita bekerja.

Perkara yang akan diambil kira seperti pengalaman kerja dan tempoh bekerja.

Jika bekerja di sektor kerajaan atau syarikat besar mungkin tak ada masalah. Kestabilan tempat kerja kita juga diutamakan.

🌟 Bank senang kerja bila anda sediakan semua ini.
Senaraikan dengan lengkap:

Pendapatan (gaji, elaun, pendapatan sampingan),
komitmen/hutang (pembiayaan peribadi, kereta, kad kredit, koperasi, dan lain-lain),
pelaburan (ASB, emas, perak, unit amanah, saham, dan lain-lain),
simpanan (bank, tabung, Tabung Haji, KWSP, dan lain-lain)
cukai dan zakat,
sedia bukti dokumentasi pendapatan, pelaburan dan simpanan. Kalau yang ni kita buat sambil lewa saja, ada potensi permohonan kita bakal ditolak.

🌟 Cantikkan skor kredit
Skor kredit berdasarkan analisis dan tahap pembayaran balik kita berdasarkan rekod CCRIS.

Ia menunjukkan kita bijak menguruskan wang.

Antara yang dinilai adalah rekod CCRIS, kad kredit lebih had penggunaan, corak pembayaran balik, bilangan kad kredit, dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan & Kelemahan MRTT atau MLTT

Dokumen Diperlukan Untuk Beli Rumah