Senarai Semak Keadaan Rumah Baru

SENARAI SEMAK KEADAAN RUMAH BARU

Bila kita terima kunci rumah dari pemaju, mohon semak dulu ruang ini. 

Pemaju akan menanggung kecatatan rumah dalam tempoh 18 - 24 bulan kehadapan. Jangan ubah suai rumah dalam tempoh ini sebaiknya kawan. 

1. Pastikan tiada takungan air dalam lantai tandas. Buat ujian air dengan simbah sebaldi air, pastikan air mengalir kelubang saliran. 

2. Tiada jubin lantai yang retak,  sumbing atau pecah. 

3. Keadaan lantai bersih,  tiada kesan tumpahan cat atau najis tukang buat rumah. 

4. Keadaan dinding tiada keretakkan atau cat merekah. 

5. Kesan lembapan dalam dinding akibat paip bocor,  paip ada dalam dinding. 

6. Setiap kunci pintu berfungsi dengan baik. 

7. Tingkap dan pintu dapat dibukak tutup dengan baik dan rapat tanpa regangan. 

8. Kualiti kayu pada pintu dalam keadaan baik tidak merekah atau berlubang dimakan ulat. 

9. Tiada kesan kebocoran pada setiap tingkap,  lihat keadaan selepas hujan lebat kawan! 

10. Keadaan siling tidak beralun, retak, rata dan tidak melendut. 

11. Pastikan tiada kesan air dan lumut pada siling,ini tanda kebocoran berlaku. 

12. Pasang lampu seharian untuk uji arus elektik dan pendawaian baik dalam rumah. 

13. Uji semua soket elektrik pastikan ianya berfungsi, guna plug hp untuk menguji juga boleh dilakukan. 

14. Pastikan sinki tidak bocor dan berfungsi dengan baik. 

15. Semua saluran dan tekanan air berfungsi dengan baik dan sekata. Lebih istimewa ajak isteri mandi sama sama! 

Lebih istimewa waktu periksa ini dah ada orang rumah, boleh cat rumah sambil pegang tangan sama sama 😋

Kredit : Azizul Azli Ahmad

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan & Kelemahan MRTT atau MLTT

Dokumen Diperlukan Untuk Beli Rumah

Sebab Loan Tak Lepas