Kelebihan & Kelemahan MRTT atau MLTT

MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful

MLTT - Mortgage Level Term Takaful

MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance (Conventional)

MLTA - Mortgage Level Term Assurance (Conventional).

------------------------------------------------------
Mengikut Kewangan Islam kita di gesa pilih Takaful kerana harta-harta kita akan jadi darah daging kita / keluarga jugak suatu hari nanti.

Jadi di sini, perbandingan yang jelas adalah sama ada MRTT atau MLTT. 

KELEBIHAN MRTT

1. Bayar sekali sahaja
2. Ada perkongsian keuntungan selepas polisi tamat.
3.Boleh di masukkan kedalam pembiayaan rumah tetapi akan dikenakan interest bank selama tempoh pinjaman.

KELEBIHAN MLTT

1. Boleh buat pilihan bayaran berkala samada bulanan,suku tahun,setengah tahun atau setahun, mengunakan tunai ,cek atau kad kredit tanpa sebarang faedah bank.
2.Ada nilai Tunai sepanjang perlindungan dengan pulangan 2% - 9% setahun. (Selepas ditolak yuran wakalah dan Tabaru') - KADAR NILAI TUNAI TIDAK DIJAMIN
3. Nilai perlindungan tidak berkurang seperti MRTT, dan coverage hingga umur 100 Tahun.
4. Boleh pindah milik ke hartanah2 lain untuk next property.
5. Ada nilai tunai. Boleh pakai untuk kegunaan peribadi/loan settlement.
6. Perlindungan Penuh ; 
     - Kematian
     - Hilang Upaya
     - Sakit Kritikal
     - Nilai tunai
7. Sekiranya berlaku kematian penerima boleh diberikan kepada sesiapa sahaja kerana MLTT menggunakan Konsep HIBAH.
8. Boleh attach dengan perlindungan lain seperti elaun hospital dan kemalangan dll.
9. Boleh dijadikan sebagai pelepasan cukai.

KELEMAHAN MRTT

1. Hanya cover Kematian & Hilang Upaya sahaja dan perlindungan untuk tempoh pinjaman sahaja.
2.Tiada nilai tunai sepanjang perlindungan
3. Tidak boleh di pindah milik. 1 Property 1 polisi. Jika refinance rumah kena buat Polisi baru. Bergantung kepada umur & keadaan kesihatan.
4. Nilai perlindungan berkurang. Bergantung kepada nilai pinjaman serta tempoh pinjaman sahaja.
5.Kekurangan MRTT penerima hanya bank dan tertaluk kepada faraid kerena rumah simati adalah harta pusaka.
6.Caruman Tunai akan masuk dalam pinjaman,maka akan dikenakan faedah bank selama tempoh pinjaman
7. Memerlukan kesihatan yang baik untuk memohon jumlah perlindungan yang besar

KELEMAHAN MLTT

1. mahal sedikit kerana mempunyai nilai tunai
2. Perlukan komitmen sepanjang tempoh perlindungan.

Comments

Popular posts from this blog

Dokumen Diperlukan Untuk Beli Rumah

Sebab Loan Tak Lepas